Profil

profil


Website ini dimiliki oleh Ustaz Muhammad Hafeez bin Hj Saad. Ia lahir daripada inisiatif sendiri dengan bertujuan untuk memudahkan sekalian guru dan pelajar khususnya dalam membuat latihan-latihan berkaitan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Di harapkan para pelajar khususnya pelajar MRSM Kepala Batas dapat menggunakan sepenuhnya medium ini untuk memahami serta memantapkan penguasaan di dalam subjek ini. Semoga usaha beserta niat yang ikhlas ini dapat membantu kita utuk memajukan diri dalam matapelajaran ini.


Biodata :


Ustaz Muhammad Hafeez b Hj Saad adalah merupakan salah seorang tenaga pengajar yang bertugas di Maktab rendah Sains MARA Kepala Batas (Program Ulul Albab), Pulau Pinang. Merupakan Guru Kanan bagi matapelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.


Latarbelakang pendidikan :


DPI USULUDDIN:

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu 
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi 

Dip.Ed:


Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak 

Ba.H. USULUDDIN:


Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar 

Beliau boleh dihubungi di talian 019-300 7870 untuk jemputan menyampaikan ceramah berkaitan subjek, motivasi mahupun sebarang kuliah agama. Semoga sedikit usaha ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Semoga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan akhirat. Ameen.

 

Latest News & Events